Saturday, 13 October 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya semua. Ada salah silap, terkasar bahasa, tersalah komen, harap dimaafkan…

Bulan Ramadhan ini, kami murah juga rezeki. Ada insan-insan yang baik hati men”sponsor” buka puasa kami, di hotel 4 & 5 bintang pulak tu. Kepada mereka, terima kasih banyak-banyak kerana sudi meng”extend” jemputan anda kepada keluarga saya juga…

Tahun ni seperti tahun sebelumnya, hari raya pertama di KL. FIL seorang (MIL sudah meninggal dunia), so biarlah kami beraya dgn abahnya dulu sebelum bertolak balik ke Raub. My parents pun dah biasa, anak sulung mereka dah 8 tahun tak balik hari raya pertama…

Menu raya tahun ini, Soto Ayam, Nasi Impit dan Kuah Kacang shj. Ini menu utk adik beradik Zaini yg semuanya akan bertandang ke rumah kami. Pagi hari raya, kami mulakan di rumah Abah, (rendang mesti ada di sini) dan di sebelah petang di rumah kami pula.

2 hari raya, baru bertolak balik ke Raub. Doakan keselamatan perjalanan kami, ye…

3 comments:

  1. wah, beraya di kampung sure best...sebelum tu berbuka kena sponsor...pun dah best... hemph... kalau raya open house pun disponsor sure lagi best kan... hehehe

    Selamat Hari Raya, selamat sampai..

    ReplyDelete
  2. salam lebaran dari okinawa,

    wah, keluarga kesayangan urutora man dapat beraya di kampung, padanlah happii sakan semua...apa2 pun jahrera pun tumpang happiii...

    ReplyDelete
  3. memang happy, sampai Raimie taknak balik sebab seronok bersama atuk, opah pakcik & makcik. tapi saya kena kerja esok pagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...